Saturday, September 25, 2010

Munakasyah kecil seputar hokum solat Eid – Adakah ianya wajib atau Sunnah al Muakkadah?



 

Munakasyah sedikit perihal hokum solat Jumaat dan solat Eid


Solat Jumaat dan solat Eid adalah salah satu syiar Islam dan tanda kesatuan dan kehebatan Umat Islam. Ianya juga adalah salah satu Sunnah Rasullulah saw yang agung dan adalah kewajipan bagi setiap umat Islam didalam memeliharanya, kerana bagi mereka yang meninggalkan sunnah-sunnah RasulNya saw, maka dia telah tinggalkan petunjuk Allah swt dan bagi mereka yang tinggalkan petunjuk NabiNya maka sesatlah dia.


Hukum solat jumaat sudah ma'aruf (disisi Jumhur Uluma dulu dan sekarang) bahawanya ialah Fardhu Ain bagi semua muslimin melainkan wanita, kanak-kanak, yang uzur atau yang bermusafir. Bagaimana pula solat Eid? Adakah ianya sunnah muakkadah? Atau ianya Fardhu Kifayah? Atau ianya Fardhu Ain? Kalau kita 'search' di alam siber maka akan kita akan dapat pelbagai pendapat mengenainya. Bagi ana, ana mengikut pendapat jumhur ulama, yaitu ianya Sunnah muakkadah. Ana selalu ditanya: Kenapa ianya sunnat? Kenapa bukan wajib? Kenapa ana mukhalafah pendapat2 ulama besar Saudi? Sebenarnya muzakarah ilmiah tentang perkara ini panjang dan tujuaan tulisan yang kelam kabut (dan kekurangan didalam ilmu) ini bukan untuk mentarjihkan sesuatu pendapat, tetapi sekadar membuka lembar baru didalam tajdid minda dan melihat bahawa usaha mengeluarkan hukum2 yang dilakukan oleh Ulama2 bukanlah satu perkara yang 'simple'.

Dan dikaitkan dengan solat Jumaat kerana antara dalil yang mengatakan solat eid itu wajib ialah kerana jika eid jatuh pada hari Jumaat maka gugurlah kewajipan solat Jumaat. Begitu juga hadis-hadis Nabi saw yang memerintahkan semua, lelaki mahupun perempuan untuk solat Eid. Dan dalil lain ialah menthashbihkan solat eid dengan solat jumaat. Jadi kalau solat Eid itu fardhu ain seperti solat Jumaat, adakah ianya wajib bagi lelaki saja atau semua? Adakah khutbah itu rukun solat eid? Adakah solat eid fardhu keatas wanita sepertimana didalam zhohir hadis?

Sebelum ini marilah kita lihat persamaan dan perbezaan diantara kedua2 solat ini. Kenapa? Kerana kita akan lihat ianya juga ada kaitan dengan hokum solat2 itu. Persamaan: 1) Ianya dilakukan dengan berjemaah; 2) Ianya mempunyai khutbah; 3) Ianya menandakan hari Eid muslimin (samada Hari Raya atau Jumaat); 4) 2 Rakaat …manakala perbezaannya lebih banyak..antaranya: (a) Waktu solat Eid dan Solat Jumaat; (b) Kaifiyah Khutbahnya; (c) Azan dan Iqamah (an-nida'); (d) Kayfiyah Solatnya termasuk takbir2 didalamnya; (e) Tempat Solat dsb


Di dlm bab hukm solat eid ada beberapa pendapat: 
1) Sunah untuk semua, samada yang tinggal jauh atau dekat, di bandar and kampung, lelaki atau perempuan , musafir atau bermukim(Imam Malik, Hassan Basri & As-Syafiie)
(2) Sunnat bagi mereka yg diwajibkan Jummaat utuk mereka (Abu Hanifah* [note:wajib bagi mazhab hanafi bukan fardhu] dan Ahl ARa'y)
(3) Fardhu Kifayah (Imam Ahmad)
((Rujukan - Al Mughni Ibn Qudamah dan Bidayah Mujtahid ....Ibn Rusd))



Dan Juga ada pendapat lain, iaitu ianya ialah fardhu Ain, dan pendapat ini adalah pendapat banyak ulama2 Saudi sekarang, Imam Ibn Tayymiyah, dan sebahagian ulama Azhar seperti Syeikh Attiyah Saqr dsb. Dan diantara dalil2 ianya seperti yang berikut:


  1. Perintah Nabi saw lelaki dan wanita untuk menghadiri solat eid antaranya:
    أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِى الْفِطْرِ وَالأَضْحَى الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلاَةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ. قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لاَ يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ قَالَ
    « لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا »


    2. Rukhsahnya bagi jamaah untuk tidak solat Jummat seperti didlm setengah Hadis2 Nabi , dan kalau ianya sunnat bagaimana ianya boleh menggantikan yang wajib (jumaat)
 


حديث زيد بن أرقم رضي الله عنه أن معاويةبن أبي سفيان رضي الله عنه سأله: هل شهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلمعيدين اجتمعا في يوم واحد؟ قال: نعم، قال: كيف صنع؟ قال: صلى العيد ثم رخصفي الجمعة، فقال: (من شاء أن يصلي فليصل). رواه أحمد وأبو داود والنسائيوابن ماجه والدارمي والحاكم في "المستدرك" وقال: هذا حديث صحيح الإسنادولم يخرجاه، وله شاهد على شرط مسلم. ووافقه الذهبي، وقال النووي في"المجموع": إسناده جيد
وفي صحيح البخاري رحمه الله تعالى وموطأالإمام مالك رحمه الله تعالى عن أبي عبيد مولى ابن أزهر قال أبو عبيد:شهدت العيدين مع عثمان بن عفان، وكان ذلك يوم الجمعة، فصلى قبل الخطبة ثمخطب، فقال: يا أيها الناس إن هذا يوم قد اجتمع لكم فيه عيدان، فمن أحب أنينتظر الجمعة من أهل العوالي فلينتظر، ومن أحب أن يرجع فقد أذنت له 

3. Solat Eid tashbih solat Jumaat. Yakni sama seperti solat jumaat, jadi sama hokum dan pensyaratannya.
Walaubagaimanapun, antara dalil2 ianya bukan fardhu ialah


  1. Bahawa solat2 yg difardhukan keatas umat ini ialah yang 5 sahaja.Ini pendapat Imam Malik, As-Syafiie, Ahmad dan Jumhur ulama. Imam Abu Hanifah dah ahl Ra'y menambah Witr sebagai Wajib* Pendapat yang diambil mengenai hanya solat 5 waktu ini berdasarkan beberapa hadis Nabi saw sebahagian ialah seperti berikut:


    عن أنس بن مالك قال : كان أبو ذر يحدث أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال فرج عن سقف بيتي وأنا بمكة فنزل جبريل صلى الله عليه وسلم ففرج صدري ثم غسله بماء زمزم ثم جاء بطست من ذهب ممتلئ حكمة وإيمانا فأفرغه في صدري ثم أطبقه ثم أخذ بيدي فعرج بي إلى السماء الدنيا فلما جئت إلى السماء الدنيا قال جبريل لخازن السماء افتح قال من هذا قال هذا جبريل قال هل معك أحد قال نعم معي محمد صلى الله عليه وسلم فقال أرسل إليه قال نعم فلما فتح علونا السماء الدنيا ... ففرض الله عز وجل على أمتي خمسين صلاة فرجعت بذلك حتى مررت على موسى فقال : ما فرض الله لك على أمتك ؟ قلت : فرض خمسين صلاة ، قال : فارجع إلى ربك فإن أمتك لا تطيق ذلك ، فراجعت فوضع شطرها ، فرجعت إلى موسى ، قلت : وضع شطرها ، فقال : راجع ربك فإن أمتك لا تطيق ، فراجعت فوضع شطرها ، فرجعت إليه ، فقال : ارجع إلى ربك فإن أمتك لا تطيق ذلك ، فراجعته ، فقال : هي خمس ، وهي خمسون ، لا يبدل القول لدي ، فرجعت إلى موسى ، فقال : راجع ربك ، فقلت : استحييت من ربي ...
    Yaitu hadis tentang mlm Isra dan Mikraj yang mashur hingga dikurangkan solat yang fardhu keatas umat ini kepada 5.



    رواه مالك في الموطأ 1/254-255
    عن عبادة قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
    " خمس صلوات كتبهن الله عز وجل على العباد ، فمن جاء بهن لم يضيع منهن شيئاً استخفافاً بحقهن كان له عند الله عهد أن يدخله الجنة ، ومن لم يأت بهن فليس له عند الله عهد إن شاء عذبه وإن شاء أدخله الجنة "
    ((Lima solat telah difardhukan Allah swt keatas hamba2nya…….))


     
    عن عبد الله الصنابحي أن عبادة بن الصامت قال : أشهد سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :
    " خمس صلوات افترضهن الله على عباده من أحسن وضؤهن ، وصلاهن لوقتهن ، فأتم ركوعهن ، وسجودهن ، وخشوعهن ، كان له عند الله عهد أن يغفر له ، ومن لم يفعل فليس له عند الله عهد ، إن شاء غفر ، له وإن شاء عذبه " ورواه أبو داود 1/115 موافقاً لأحمد
    ((lima solat difardhukan keatas hamba2nya dan sesiapa yang memperbaiki wudhunya…..))


     
    عن طلحة بن عبيد الله قال: جاء رجل إلى رسول الله صلى الله لعيه وسلم من أهل نجد ثائر الرأس يسمع دوي صوته ولا يفقه ما يقول: حتى دنا فإذا هو يسأل عن الإسلام، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «خمس صلوات في اليوم والليلة»، فقال: "هل علي غيرها؟"، قال:


    «لا إلا أن تطوع» [أخرجه البخاري].
    Datang seorang lelaki….Nabi saw bersabda: Lima solat sehari semalam. Ditanya adakah selain daripadanya? Nabi menjawab: tidak, hanya jika tattawu' – sunat" Maka dia bersumpah tidak akan menambah atau mengurangkannya maka Nabi saw bersabda' aflaha arrajulu in sodoqo' berjayalah dia jika dia benar.

    Disini kita lihat kalau ada solat yang fardhu selain yang 5 ini pasti akan diberitahu.


     
    Disini mungkin ada yang bertanya, ' Bagaimana solat Jumaat, bukankah ianya fardhu? Tetapi Solat Jumaat tidak juga disebut didalam hadis-hadis ini dan ianya bukannya solat 5 waktu?'. Jawapannya ialah Solat Jumaat adalah salah satu solat 5 waktu. Solat Jumaat ialah gantian solat Zuhur. Dan 2 rakaat lagi (yang missing) digantikkan dengan khutbah seperti mana yang dikatakan oleh Ibn Umar r.a "قصرت الصلاة لأجل الخطبة " yaitu dipendekkan solat(menjadi dua rakaat) kerana khutbah. Dan Juga Said ibn Jubair: "كانت الجمعة أربعا فجعلت الخطبة مكان الركعتين " dulunya Jumaat 4 rakaat tetapi telah dijadikan khutbah tempatnya 2 rakaat. Ini menunjukkan solat Jumaat ialah asalnya solat zuhur (hokum asal) tetapi kerana hari Jumaat ialah Eid, disyariatkan berjemaah dan berkhutbah. Wallahualam

       2. Khutbah Jumaat dan Khutbah Eid

Disini kita lihat perbezaan antara kedua-dua khutbah. Khutbah untuk solat Jumaat didahulukan sebelum solat Jumaat. Ianya juga adalah rukun solat Jumaat berdasarkan ayat Al-Quran: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ Dan zikrillah disini bermakna khutbah oleh banyak mufassirin وَقِيلَ الْخُطْبَة وَالْمَوَاعِظ ; 
dan juga perkataan zamakhsyari sepertimana ditulis didlam tafsir al_qurtubi bahawa zikrillah disini bermakna khutbah Jumaat

فَإِنْ قُلْت : كَيْفَ يُفَسَّر ذِكْر اللَّه بِالْخُطْبَةِ وَفِيهَا غَيْر ذَلِكَ ! قُلْت : مَا كَانَ مِنْ ذِكْر رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالثَّنَاء عَلَيْهِ وَعَلَى خُلَفَائِهِ الرَّاشِدِينَ وَأَتْقِيَاء الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَوْعِظَة وَالتَّذْكِير فَهُوَ فِي حُكْم ذِكْر اللَّه . فَأَمَّا مَا عَدَا ذَلِكَ مِنْ ذِكْر الظَّلَمَة وَأَلْقَابهمْ وَالثَّنَاء عَلَيْهِمْ وَالدُّعَاء لَهُمْ , وَهُمْ أَحِقَّاء بِعَكْسِ ذَلِكَ ; فَهُوَ مِنْ ذِكْر الشَّيْطَان , وَهُوَ مِنْ ذِكْر اللَّه عَلَى مَرَاحِل

Yakni secara ringkas, khutbah Jumaat adalah rukun tanpanya tak sah solat Jumaat dan juga kerana ianya adalah gentian 2 rakaat Zuhur seperti mana yang disebutkan sebelum ini (point pertama). Bagaimana pula dengan Khutbah solat Eid? Adakah ianya rukun solat Eid? Kalau ianya bukan rukun, maka bagaimana ianya dapat menggantikan 2 rakaat solat zuhur? 

Dan juga perbezaan didalam waktu khutbah diantara kedua-dua solat ini. Untuk Jumaat, khutbahnya ialah sebelum solat tetapi untuk Eid ianya ialah selepas solat. Ini menunjukkan ihtimam yang berbeda diantara kedua-duanya.

3. Waktu solat

Waktu solat Eid berbeda dengan waktu solat Jumaat. Waktu Solat Jumaat ialah selepas zawal, iaitu pada waktu solat Zuhur. Manakala solat Eid waktunya adalah selepas Syuruk. Allah swt berfirman mengenai waktu solat: إن الصلاة كانت على المؤمنين كتاباً موقوتا Maka solat Jumaat adalah sama seperti solat Zuhur dan gentian solat zuhur pada hari Jumaat.

  4. Terlepas solat

Kalau terlepas berjemaah didalam solat Jumaat, seseorang perlu solat Zuhur. Ini menujukkan ianya fardhu dan perlu dilaksanakan. Tetapi solat Eid? Kalau terlepas solat Eid, adakah perlu diagantikan dengan solat juga? Kalau ianya wajib, perlu digantikkan seperti solat Jumaat

من نام عن صلاة أو نسيها فليصلها إذا ذكرها، لا كفارة لها إلا ذلك، أو يكون مسافرا فيجمع بين الصلاتين إن شاء )
Yakni ‘sesiapa yang tertidur dan terlepas solat atau terlupa maka hendaklah dia solat apabila teringat, tidak ada kafaarrah melainkan demikian, atau dia musafir maka dijamakkan dua solat jika dia inginkan’. Disini menunjukkan kalau terlepas solat fardhu perlu diqadhakan bila teringat atau terbangun dari tidur. Dan qadhanya solat Jumaat ialah solat zuhur…kalau solat eid??

 
1)    5. Azan –( Ani-Nida’)

Azan disyariatkan pada solat Jumaat tetapi tidak disyariatkan pada solat Eid. Kenapa ‘point’ ini juga penting? Kerana antara dalil pensyariatan solat Jumaat adalah an-nida seperti di dalam ayat ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ   Yaitu perintah meninggalkan perniagaan (atau wordly dealings) dan menyahut panggilan muezzin untuk zikrillah, yaitu khutbah jumaah dan solat jumaah. Dan bagi solat Eid tidak ada an-nida’. Begitu juga didalam hadis lain mengenai perintah Nabis saw kepada seseorang buta meminta rukhshah daripada berjemaah” hal tasma’un nida’?” bila dijawab Ya maka Nabi saw perintahnya untuk menyahut panggilan muezzin






1)    6. Perintah solat Eid

Mengikut Jumhur, perintah solat Eid disini ialah perintah mandub bukan perintah wujub, seperti perintah Mandi Jumaat (mengikut jumhur melainkan Ahmad dan Dzohiri), Tahajjud, Witr (melainkan Abu Hanifah- baginya ialah wajib) dsb. Perintah solat Jumaat adalah untuk semua mukimin melainkan wanita, musafir, kanak2 dsb tetapi solat Eid? Didalam zohir hadis, perintah solat Eid juga diatas wanita:
 أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِى
 الْفِطْرِ وَالأَضْحَى الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلاَةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ. قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لاَ يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ قَالَ
« لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا »
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kepada kami agar mengajak serta keluar melakukan shalat Idul Fithri dan Idul Adha para gadis, wanita haidh dan wanita yang sedang dipingit. Adapun mereka yang sedang haidh tidak ikut shalat, namun turut menyaksikan kebaikan dan menyambut seruan kaum muslimin. Saya bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, "Wahai Rasulullah, di antara kami ada yang tidak memiliki jilbab." Beliau menjawab: "Hendaknya saudaranya yang memiliki jilbab memberikan pinjaman untuknya. Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Hadits ini menunjukkan disunnahkannya wanita untuk keluar menghadiri shalat ‘ied, baik yang gadis atau pun wanita yang sedang dipingit.”[ Fathul Bari1379, 2/470].  Jadi adakah peintah ini menunjukkan kefardhuan solat Eid untuk wanita2? Adakah berdosa jika wanita tinggal dirumah dan tidak dapat hadir ke solat Eid?

  1. Bagaimana pula tentang rukhshah mengenai tidak berjumaat apabila hari raya bertemu dengan hari Jumaat. Secara ringkas, mengenai masalah ini juga ada perselisihan pendapat dikalangan ulama, yaitu:
    (1)jumaat gugur melainkan kepada Imam Ahmad dan segolongan Ahli Hadis (2) Gugur secara mutlak (Ibn Zubair) (3) Gugur hanya bagi mereka yang sgt jauh dari masjid(yakni tidak diwajibkan jumuaat) (Pendapat Jumhur). Jadi Jumhur tetap berpendapat Jumaat itu dirukhsahkan bagi mereka yang tidak wajib berjumaat dan/atau ahli desa yang jauh tetapi bagi mereka yang diwajibkan Jumaat tetap perlu berjumaat.


 


  1. Pendapat 4 aimah fiqh mengenai hokum solat eid
    Disini kita dapat lihat bahwa kesemua ke-empat imam tidak mengatakan ianya fardhu ain. Imam Malik dan Imam Syafiee menggatakan ianya Sunnah muakaddah. Imam Abu Hanifah menggatakan ianya wajib. (note, bagi mazhab hanafi, wajib disini tidak bermakna fardhu. Ianya diantara fardhu dan Sunnah). Imam Ahmad menggatakannya fardhu kifayah. Bukan maksud ana kita tidak bole berikhtilaf dari salah satu pendapat mereka atau kesemua daripada Imam2 besar ini, malahan kalau ada dalil yang lebih kuat maka kita dibolehkan berijtihad dengannya. Tapi perlu kita menanyakkan diri kita sendiri tentang bagaimana mereka boleh 'derive' hokum selain hokum fardhu ain? Adakah mereka tidak pernah mendengar hadis2 tentang perintah2 solat eid atau tentang rukhshah bila bertembung walhal mereka juga pakar juga dalam jurusan Hadis? Malah, ada juga hadis mengenai Eid diriwayatkan oleh Imam Malik dan Imam Ahmad didalam kitab2 mereka. Malah mereka juga pakar didalam bahasa Arab dan jurusan2 lain didalam Islam dan lebih dekat pada zaman Nabi saw dan bertemu dan belajar dengan Tabi'in dan tabi' tabi'in. Maksud ana kalau kita ikhwah boleh me-'marjuh'kan pendapat ke-empat ulama2 ini apabila bertemu dengan dalil dan pendapat yang lebih rajih, maka kenapa kita susah hendak ketepikan pendapat Syeikhul Islam Ibn Tayymiyah dan ulama2 kontempori sekarang seperti Bin Baz, Albani dsb apabila kita mendapat pendapat dan pandangan lain yang lebih rajih. Maksud ana bukan untuk memperkecilkan mana2 ulama yang dahulu atau sekarang, tetapi kita perlu bersikap adil didalam me-rajihkan pendapat tanpa dengan cepat menolak pendapat2 lain tanpa kita lihat dalil2 mereka dan cara mereka mengeluarkan dan mengisbatkan sesuatu hokum.


 

Kesimpulan

  1. Disini adalah satu persoalan lagi bagi mereka yang mengambil pendapat ianya fardhu ain.Kenapa Solat eid difardhukan tetapi solat witr tidak difardhukan padahal kalau dilihat dari beberapa perspektif ianya lebih kuat kesyariatannya, antaranya 1) Disuruh kita mengqadha witr jika terlepas seperti mana yang diberitahu oleh Abu Hurairah dan Abu Said alKhudri. Solat Eid tidak ada qadhanya.. Ada juga hadis yg mengatakan 'qod zaadakum solata wa hiya witr' telah ditambahkan satu solat iaitu witr. Malahan Imam Ahmad memberitahu bahwa sesiap dengan sengaja meninggalkan solat witr adalah org yg tidak baik yang mana 'testimony'nya tak boleh diterima. (maaf lupa makna dlm bahasa melayu).
  2. Ikhtilaf didlam perkara ini, yakni hokum solat eid ini diiktiraf. Maka sesiapa yang menganggap ianya sunnah muakkadah seperti pendapat jumhur ulama, tafdhol, maka sama2lah kita hidupkkan sunnah Nabi saw dan syiar Islam ini. Bagi mereka yang menganggap ianya fardhu ain, tafadhol juga, maka jagalah ianya dengan penuh ihtimam, jangan sampai melengah-lengahkannya atau membiarkan mereka dibawah tanggungan kita melengahkannya kerana kita akan menanggung dosa kerana meninggalkan perkara yang wajib dan fardhu.
  3. Didalam bab fiqh harus dan jaiz jika kita berselisih pendapat selagi pendapat itu berdalilkan dengan Al-Quran dan Hadis dan dirujuk kepada ulama2 yang muktabar yang mahir didalam jurusan Fiqh.
  4. Sebenarnya perselisihan pendapat didlm masalah fiqhiah diantara kalangan ulama2 akan tetap berlaku hingga ke hari Kiamat dan mustahil semua akan sentiasa sependapat didalam sesuatu masalah fiqhiah. Malahan dikalangan ulama2 kontempori bermanhaj salaf sendiri berselisih pendapat didalam banyak masalah fiqhiah. Dan janganlah jadikan ikhtilaf fiqhiah sebagai alasan atau sumber perpecahan ummah. Malahan salah seorang Ustaz ana pernah memberitahu bahawa fiqh ini bermakna kefahaman (understanding). Dan kefahaman seseorang ulama ke atas sesuatu perkara akan sentiasa berbeda dan ini juga adalah salah satu rahmah dari Allah swt, kemudahan bagi ummah dan tanda kehebatan dan kebesaran Allah swt. Jadi adalah satu kesilapan besar apabila ummah ini bergaduh-gaduh kerana salah satu perkara fiqhiah. Selagi ianya bukan perkara aqidah atau pokok, maka yajuz berselisih pendapat.dan tidak ada masalah berikhtilaf.
Wallahualam

Abuhanzolah Mohamad Zahri


 

NB – Afwan.Sebenarnya nak tulis secara ringkas tetapi bagaimana ringkas pun ana cuba ringkaskan dan termasuk 6 page. Dan juga ana tulis cepat dan tak semak balik dgn betul. Kalau ada tersilap asif jiddan.


 


 


 

No comments:

Post a Comment