Saturday, August 28, 2010

Qiyamu Ramadhan قيام رمضان

Qiyam di masjid Bilal, Cairo (Syeikh Ridha)




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله الذي بنعمته تتم الصالحات و أشهد أن لا اله الا الله و حده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله ولقد أدي الرسالة و بلغ الأمانة و نصح الأمة و تركها على المحجة البيضاء ليالها كنهارها و السلام على آله و صحبه أجمعين و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

 
Pada sabtu lepas, ana ada mengajak seorang ikhwah berqiyam nanti di 10 hari akhir Ramadhan di Masjid En-Naeem, dia menanyakan ana dia pernah mendengar qiyam berjemaah bukannya Sunnah. Hmm..ana banyak dengar perkara2 yang samar2 mengenai Qiyam Ramadhan serta ishkal mengenai beberapa perkara mengenai Taraweeh, Tahajud dsb.
Sebelum memulakan muzakarah, hendaklah kita faham bahawa nama2 solat sunat seperti tahajud, taraweh, tahiyatul masjid, wudhu dsb adalah nama yang diberi oleh ulama2 supaya membezakan solat2 tersebut dan lebih senang difahami oleh semua dan memberi nizam yang senang difahami oleh semua. Kerana tasmiyah nama ini kebanyakkan bukanlah diberitahu secara jelas/terperinci oleh Rasullulah saw. Umpamanya mengenai solat tahiyatul masjid. Nabi saw tidak menyatakan nama solat sunat apabila seorang masuk ke masjid namaya solat tahiyatul masjid. Nabi saw hanya memerintahkan umatnya supaya solat 2 atau 4 rakaat apabila masuk ke dalam masjid dan sebelum duduk didalamnya. Begitu juga solat Taraweh. Nabi saw tidak menyatakan nama solat qiyam di Ramadhan namanya Taraweh. Dan juga kebanyakkan solat2 lain.
Apa itu Qiyam Ramadhan?. Ianya termaksuk solat terawih, dan juga termasuk solat tahajud atau qiyamullail. Maksud Qiyam termasuk juga yang berdiri bersolat di permulaan awal malam dan juga bersolat di akhir malam. Tetapi umat ini telah menamakan solat sunat qiyam di awal malam di bulan Ramadhan sebagai Tarawih, kerana ada mereka berehat sebentar dipertengahan solat selepas 4 rakaat atau selepas 8 rakaat atau sebagainya.
Dan ulama2 di zaman lalu dan sekarang ber-ijma bahawa berqiyam di bulan Ramadhan adalah sunnah samada di awal malam (yang dinamakan terawih) atau selepas pertengahan malam (dinamakan tahajud) atau pada kedua-duannya. Jadi, solat yang mana yang lebih afdhol, di awal malam (tarawih) atau Solat di akhir malam (tahajud).? Ulama berselisih pendapat mengenainya. Jumhur mengatakan bahawa solat di akhir malam adalah lebih afdhol kerana (1) Nabi saw 'harison alaiha' yakni sangat menjagainya (tak pernah lepas) dan (2) Nabi saw tinggalkan solat terawih yang di awal malam kerana takut difardhukan ke atas umatnya.
Disini juga ada persoalan, bolehkan solat sunat berjemaah. Naam dan dia ialah sebahagian dari sunnah Nabi saw kerana Sahabat Nabi saw pernah berjemaah dgn baginda sebagaimana yang dapat dilihat di dalam banyak kisah2 dan ahadith.
Dan diantara ishkal yang selalu kita dengar mengenai Tarawih/tahajud ialah bilangan rakaatnya yang afdhol. Disini kita lihat banyak pandangan2 yang ada 2 extreme. Satu ialah ianya ialah 20 rakaat secara mutlak dan selain daripadanya ialah salah. Kedua, ianya hanya 8 rakaat dan sesiapa yang membuat 20 rakaat itu bidaah dan mardud kerana tidak pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Dan kedua2 pandangan ini tidak tepat dan menyalahi adab berikhtilaf didalam perkara yang boleh diikhtilafkan.
Jumhur ulama (yakni Imam Syafiee, Imam Malik (didalam salah satu qaulnya), Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Imam Daud Adzohiri bahawa yang afdhol ialah 20 rakaat serta 3 rakaat Witr. Pendapat yang ke-2 ialah dari Imam Malik (didalam qaulnya yang lain) ialah 36 rakaat tanpa witr. Pernah ditanya Imam Malik (didalam satu riwayatnya) tentang bilangan 36 yang lebih, maka dia menjawab: لأن السابقين كانوا بين الصلوات يطوفون بالكعبة المشرفة و نحن هنا لا نطوف فتكون الزيادة في الركعات عواضا عن ذلك الطواف.
Kerana org2 yg terdahulu diantara solat bertawaf keliling kaabah dan kami disini tidak maka ziyadah didlm rakaat sebagai gentian tawaf ini.
Ibn Rushd menerangkan tentang pendapat Imam Malik (36 rakaat) taaliq dengan amalan ahli Madinah.
Didalam hadis Nabi saw dari Aishah r.anha : Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba'd, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dari hadis ini, kita dapat pelajari:
  1. Adanya solat terawih secara berjemaah dizaman Nabi saw.
  2. Kerana zaman itu ialah zaman tasyreek atau disyariatkan perintah2, maka Nabi saw memberhentikan secara berjemaah supaya tidak difardhukan. Ini bukanlah bermakna ianya telah dimansukhkan atau sebagainya. Dan sahabat2 Nabi saw tetap juga menjaga solat qiyam di bukan Ramadhan dan kadangkala dibuat secara berjemaah.
  3. Solat yang dilakukan Nabi saw ialah 8 rakaat. Disini timbul ishkal terutama bagi mereka yang mengatakan terawih hanya 8 rakaat. Adakah 8 rakaat had (batas) Qiyam dan dilarang selebihnya? Adakah ianya bidaah? Bagaimana pula kalau kurang? Salah jugak tak? Jadi kenapa aimah yang empat dan juga jumhur ulama2 yang muktabar mengatakannya ialanya hingga 23 rakaat? Adakah mereka tidak pernah jumpa hadis ini? Didlam kitab Muwatta' Imam Malik ada meriwayatkan bahawa zaman Umar ra mereka berterawih dan witr 11 rakaat manakala hadis dari Baiyhaqi meriwayatkannya ialah 23 rakaat. (note: dari segi kekuatan perawi, hadis dari Muwatta lebih kuat, jadi ianya 11 rakaat). Jadi Imam Malik didalam kitabnya menyatakan 11 rakaat tetapi kenapa dia sendiri berpendapat didalam satu qaulnya ialah 23 dan di qaulnya yang lain 36+3(witr) dan bukan 11 rakaat seperti mana yang diriwayatkannya??
Disini kita perlulah membuka minda kita supaya tidak cepat menghukum sesuatu itu bidaah atau la asluhu fid deen. Lagi2 kita sekarang ini yang sangat jauh jarak dengan zaman Nabi saw dan yang mempunyai ilmu yang sangat cetek.
Jadi apakah sebab ikhtilafnya ulama didalam bilangan rakaat? Antaranya ialah Nabi saw solatnya panjang sekali seperti mana yang diberitahu Aisyah لا تسأل عن حسنهن و طولهن yaitu jangan ditanya tentang kecantikkan solatnya atau panjang solatnya. Dan solat2 manusia selepasnya tidak sama dengan solatnya. Jadi Ulama2 telah berpendapat tentang iwadh atau gentian panjang solatnya baginda dengan bilangan rakaatnya. Dan juga banyak kisah2 lain mengenai solatnya umah yang terdahulu 20 rakaat seperti juga yang berlaku di zaman Umar ibn Abdul Aziz. Apabila ditanya maka Ibnul Qosim meriwayatkan dari Imam Malik : bahwasanya ini perkara yang lama, yaitu sebelum zaman Umar ibn kHattab r.a Ibn Qudamah juga menulis bahawa yang mukhtar (dipilih) oleh Imam Ahmad ibn Hanbal ialah 20 rakaat. Dan ini juga pendapat As-Saury, Abu Hanifah dan As-Syafiee.
Jadi, mengenai masalah ini, bagi mereka yang ingin mengikuti bilangan rakaat yang dikerjakan Nabi saw iaitu 8 rakaat, dipersilakan. Bagi mereka yang nak buat lebih, tafadhol juga. Yang penting dihidupkan malam Ramadhan dengan Qiyam yang panjang2, bukan sebagai melepaskan batuk di tangga, atau bukan sebagai keretaapi tanpa difahamkan apa yang dibacakan Imam , atau bukan sebagai adat ritual dengan azkar2 yang tiada warid daripada Nabi saw (mungkin ada yang mengatakan apa salahnya? Tetapi masalahnya ianya telah menjadi sebagai kemestian yang dengan tiadanya tidak lengkap solat terawih. Bukankah lebih baik digantikkan waktu zikir2 dengan tilawah dan doa semasa Qunut).
Apabila ana ditanya, jadi anta ikut mana? Ana mengikut fatwa lajnah ulama Saudi:
"Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: "Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya". (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).
Sekarang timbul ishkal lain. Kalau kita solat 8 rakaat tetapi Imam membuat 20 rakaat, jadi mana yang lebih awla dan afdhol, ikut pendapat 8 rakaat atau ikut Imam 20 rakaat. Yang afdhol tetap mengikut Imam kerana dijadikan Imam supaya diikuti. Hmm..ada juga bertanya ana, jadi kenapa ana Nampak anta buat 8 juga tidak teruskan dengan Imam? Jawapannya: kerana itu yang ana mampu, terutama selepas penat berkerja diluar panas terik, pastu buka 'terlebih' sikit...kalau lebih2 nanti tertido pulakJ . Tapi InshaAllah bila awakhir Raamdhan akan ditambah lagi juhud didalam Qiyam. Amin
Ada juga bertanya, mana yang lebih afdhol, tarawih sendirian dengan khusyu' atau tarawih berjemaah tanpa khusu'.....hmm wallahualam..tapi ana tetap pilih dengar berjemaah dan ana yakin kalau kita menghayati dan memahami apa yang dibaca inshaAllah akan bertambah khusyu'. Wallahualam.
AlFaqir Abu Hanzolah

 


 


 


 

Thursday, August 26, 2010

Pembahagian Zakat






بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله الذي بنعمته تتم الصالحات و أشهد أن لا اله الا الله و حده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله ولقد أدي الرسالة و بلغ الأمانة و نصح الأمة و تركها على المحجة البيضاء ليالها كنهارها و السلام على آله و صحبه أجمعين و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين


MashaAllah, dengan pantas hari2 di bulan yang mulia Ramadhan ini meninggalkan kita. Tinggal kurang dari setengah bulan saja. Semoga Allah swt mengampuni kita di bulan ini dan memberi kita taufiq untuk mendapatkan hidayahnya supaya sentiasa didalam Inayahnya dan Maghfirahnya.

Tengah hari tadi salah seorang teman ana yang belajar bahasa Arab dgn Ana ada menanyakkan beberapa soalan mengenai zakat dan adalah baik kalau kita dapat 'share' sama2. Antara soalan-soalannya, (1) Bolehkah kita memberi zakat kita hanya pada salah satu asnaf yang lapan atau perlu membahagi bahagikannya pada kelapan-lapan asnaf itu. (2) Mengenai memberi zakat fitrah pada seorang balu yang mempunyai anak2 dan tidak berkerja.




Soalan 1

Bolehkah kita memberi zakat kita hanya pada salah satu asnaf yang lapan atau perlu membahagi bahagikannya pada kelapan-lapan asnaf itu.

Untuk soalan ini adalah baik kita bezakannya samada ianaya zakat biasa (mal dsb) atau ianya zakat fitrah. InshaAllah akan diterangkan secara ringkas.

Kalau ianya zakat mal (harta), maka disini ada dua pendapat.


  1. Pendapat Jumhur, yakni pendapat Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, termasuk juga seperti yang diterangkan oleh Ibn Rusyd ianya juga pendapat Umar r.a , Huzaifah r.a, dan Ibn Abbas ra. (dari para2 sahabah) dan juga pendapat Said ibn Jubair, alHassan, Nakhai', 'Ata', As Saury, Abu Ubaid dan juga Ashabul Ra'yi.
    Boleh diberi kepada sanaf yang satu saja, dua asnaf atau lebih dari satu daripada kelapan2 asnaf apabila sang Imam berpendapat ada maslahahnya atau atas ijtihadnya.


  2. Pendapat Imam Syafie: Tidak boleh bahkan perlu dibahagi bahagikan pada asnaf yang lapan seperti mana yang diterangkan Allah swt : {60} إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
    Disini, Imam Syafiee berlainan pendapat daripada Jumhur. Ianya juga pendapat Ikrimah.

Antara dalil jumhur ulama ialah seperti mana diterangkan oleh Ibn Qudamah dari sabdaan Nabi saw kepada Muaz: أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد في فقرائهم

"….yakni mengambil sadaqah (zakat) dari yang kaya daripada mereka kemudian kembalikan kepada yang fakir diantara mereka"

Pendapat yang mukhtar, jawaz (boleh) memberi zakat kepada salah satu asnaf dari asnaf yang lapan atau lebih dari satu atau kepada perseorangan daripada golongan asnaf itu, dan yang lebih baik awla ialah jika mampu, (seperti mana pendapat Imam Syafie, dengan menjamakkan kedua2 pendapat), dengan membahagi bahgikan kepada kelapan lapan asnaf. Kalau tak mampu atau ada hajat atau maslahah atau atas ijtihad dan keperluan, boleh diberi pada satu atau dua golongan dsb. Wallahulam bisowwab.

Dan kalau ianya zakat fitrah, Ijma pendapat ulama seperti mana yang diterangkan oleh Ibn Rusd ialah dibahagikan kepada fuqaral muslimin, yakni org2 fakir muslimin, kerana sbadaan Nabi saw:

"أغنوهم عن السؤال في هذا اليوم" "…supaya menahan mereka dari meminta-minta (minta sedekah) pada hari ini (hari raya)" Cuma yang khilaf ialah samada boleh diberi tak pada ahli zimmah yang miskin/fakir ke tak? Jumhur= tidak boleh. Imam Abu Hanifah= Boleh dengan dalil dari ayat Al Quran" لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين و لم........"

Sebab iktilafnya ulama mengenainya ialah kefahaman faqir disini ialah faqir muslim atau faqir secara umum. Wallahualam.

Jadi jawapan ana…kalau zakat harta,boleh beri pada satu asnaf kalau ada kerperluan atau mengikut ijtihad atau ada maslahah atau sebagainya. Tapi zakat fitrah, hanya pada faqir dan miskin muslimin. Wallahualam.


Soalan 2:

Mengenai memberi zakat fitrah / mal pada seorang balu yang mempunyai anak2 dan tidak berkerja

Seperti mana diberitahu di atas, zakat fitrah hanya untuk fakir dan miskin. Jadi balu itu hanya boleh dibahagikan kepadanya jika dia termasuk didlm golongan fakir atau miskin. Tetapi janda yang kaya, afwan tak boleh.

Dan jikalau zakat harta, jika iannya termasuk diantara 8 asnaf yaitu, fakir, miskin, amil, muallaf qullubuhum, fi Riqab, Ghorimin, fi sabillilah dan Ibn Sabil, maka dia berhak menerima zakat harta itu. Dan kalau dia boleh dimasukkan diantara salah satu golongan ini, maka ok…umpamanya dia mempunyai hutang, atau di dalam jalan Allah, atau sebagainya….hmm nak jelaskan sifat atau pendapat ulama tentang sifat2 atau penerangan setiap asnaf ini mungkin akan jadi lebih panjang muzakarah ini, jadi cukup saja penerangan disini saja.

Ala kulli hal, pemberi/pembahagi zakat itu sendiri yang 'assess' keadaan sipenerima itu. Jika dia menganggap si balu itu termasuk golongan miskin atau fakir, tafadhol. Kalau ragu, samada husnul zon atau bahagikan kepada org lain.

Wallahualam.

NB – Tentang penerangan perbezaan dan takrif apa itu fakir dan apa itu miskin, ulama2 berbeza pendapat tentangnya. Begitu juga ta'arif apa itu kaya? Ada ulama yang mengatakan fakir keadaanya lebih baik dari miskin dan ada yang mengatakan yang miskin lebih baik keadaanya dari fakir. Dan pendapat yg ketiga ialah fakir itu sama seperti miskin.

Yang penting, kita boleh ambil garis pandu, yaitu, sikaya (alghani) itu ialah mereka yang diwajibkan keluar zakat harta. Yaitu, kalau dia ada harta yg perlu dizakat, maka dia termasuk Ghani…tapi kalau dia tidak ada kewajiban untuk keluarkan zakat, maka ianya bukan ghani….(jadi ada chance terima zakat la..hehhe….ana agaknya mcm mana eh…)

Al-Faqir Abu Hanzolah