Friday, January 16, 2015

tazkirah jumaat. dakwah nabi saw

Santapan rohani hari jumaat
Abuhanzolah
الحمد لله نحمده و نصلي على رسوله الكريم . و قال الله تعالى : فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
(الكهف ٦)
Allah swt berfirman," maka adakah kamu (Wahai Muhammad saw) akan membunuh diri kamu sendiri (kerana sedih) keatas mereka jika mereka tidak mahu beriman dgn hadis (perkara wahyu) ini. (Kahf 6)
يقول تعالى مسليا رسوله صلوات الله و سلامة عليه في حزنه على المشركين لتركهم الإيمان
Allah swt berfirman didlm ayat ini sebagai mengembirakan hati Dan menyejukkan hati nabi saw kerana kesedihannya yg amat sangat dgn tidak berimannya org2 mushrikin.
Ayat ini ialah ayat yg ke 6 Dari surah kahf. Surah kahf ialah surah makkiyah yg seperti mana kita ketahui banyak memperkatakan tentang aqidah, risalah Dan kebangkitan. Pada ayat2 sebelumnya iaitu ayat 1-5 Dari surah ini kita dibawa kepada dasar aqidah Dan iman Dan manhij al islah fihima. Kemudian Allah swt menyambung dgn menceritakan tentang usaha atas aqidah Dan keimanan yg dilakukan Oleh nabi kita saw Dan disambungkan pula tentang manhaj islah lil duat. Dan kemudian berakhir dgn intro contoh Kisah ke atas iman, yaitu Kisah ashabul kahf.
Inshaallah kita Akan membicarakan tentang ayat yg Keenam sahaja supaya tidak menjadi terlalu panjang tazkirah ini
Dari ayat ini, kita dapat belajar tentang ciri dan sifat dakwahnya nabi saw , antaranya:
1) شدة حزنه صلى الله عليه وسلم لأحوال أمته
Kesedihan nabi saw atas umatnya hingga kan seolah2 sampai ketahap hingga Allah swt mengatakan bahiun nafsaka yaitu membunuh diri. Juga disebut didlm ayat yg lain
((لعلك باخع نفسك ألا يكونوا مؤمنين))
Dan diriwiyatkan Dari hind : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم متواصل الأحزان دائم الفكرة ليست له راحة طويل السكت لا يتكلم في غير حاجة (الترمذي ٢٢٦ في الشمائل المحمدية)
2) شدة حبه صلى الله عليه وسلم إلى هذه الأمة
Kecintaan yg amat sangat nabi saw keatas umatnya Dan ini juga ciri2 dakwah anbiya as
Dari Abdullah ra: كأني أنظر إلى النبي صلى الله عليه وسلم يحكي نبيا من الأنبياء ضربه قومه فأدموه وهو يمسح الدم عن وجهه ويقول اللهم اغفر لقومي فإنهم لا يعلمون (البخاري ٣٤٧٧(
Didlm hadis yg lain
قالوا يا رسول الله! أحرقتنا نبال ثقيف فادع الله عليهم فقال : اللهم اهد ثقيفا (الترمذي ٣٠٤٢)
3) شدة فكره صلى الله عليه وسلم لأمور الدعوة و هي دليل على إتقانه في الدعوة
Fikir nabi saw yg hebat didlm perkara2 dakwah Dan ianya dalil keatas kesempurnaannya Dan kelengkapannya didlm usahakan dakwah
(مثلي و مثلكم كمثل رجل أوقد نارا فجعل الجنادب و الفراش فيها وهو يذهبن عنها و أنا آخذ بحجزكم عن النار و أنتم تفلتون من يدي (مسلم ٥٩٥)
4) شدة تضحيته صلى الله عليه وسلم في الدعوة و ه دليل على اجتهاده في الدعوة
Kehebatan pengorbanan nabi saw didlm berdakwah Dan ianya menujukkan kesungguhannya saw didlm usaha dakwah.
Di sini marilah kita muhasabah diri kita sendiri, berapa banyakkah telah kita nangis untuk umat ini, atau paling kurang nangis utk keluarga dan diri sendiri utk mendapat hidayahnya. Bagaimanakah kesungguhan kita didlm berdakwah. Pernahkah kita berkerut dahi sedikit apabila nampak kemungkaran dikalangan masyarakat kita atau kita ambil endah tak endah. Adakah dakwah kita hanya pada majlis2 di masjid atau kelas2 saja? Marilah kita meladani nabi saw didlm manhaj dakwahnya.
Inshaallah sampai sini dulu, Dan bagi cara hendak hilangkan kesedihan apabila ditimpa musibah didlm usaha dakwah, maka perlu perhatikan ayat2 selanjutnya hingga ayat at ke 9.
Semoga kita semua dapat mengambil contoh Dari rasulullah saw didlm usaha dakwahnya kerana dia saw adalah sebaik2 qudwah untuk semua majal didlm kehidupan manusia. Allahumma solli ala muhammad. Allahuma inni asaluka ilman nafian wa rizkan toyyiban wa amalan mutaqobalan.