Monday, March 7, 2011

PERBEZAAN TINGGALKAN JEMAAH DAN LAMBATKAN SOLAT JEMAAH APABILA BERADA DI MASJID

Salah seorang sahabat ana yang bekerja didlm masjid pernah bertanya mengenai seseorang yg meninggalkan solat jemaah walaupun berada di dalam masjid kerana alasan ta'alim dsb. Inilah adalah salah satu masalah dan kesilapan yang kerap dapat dilihat didalam masjid2 kita. Apabila azan dikumandangkan, yang sibuk mesyuarat akan berhenti sebentar kemudian selesainya azan maka mesyuarat diteruskan hinggalah terlepas solat berjemaah dan ahli2 mesyuarat masing masing solat bersendirian. Begitu juga yang sibuk berkhidmat dan bekerja atau sibuk berkorban kambing hinggalah terkorban solat berjemaahnya. Begitu juga yang sibuk bertaalim samada sang ustaz mahupun murid2 teruskan pelajarannya dan kemudian solat bersendrian selepas tamatnya kelas. Seolah2 azan itu hanya tanda waktu solat saja.

Ini ialah ramai diantara umat Islam tidak memahami maksud azan itu sendiri. Kita sering dengar bila apabila terdengar azan, maka seseorg itu akan berkata": huh dah waktu solat" tetapi jarang kita dengar seseorang yg mengatakan" mashaAllah itu adalah pangillan dan jemputan dari Rob"  Padahal selepas azan selalu kita berdoa: Ya Allah, Tuhan Jemputan/Dakwah yang Sempurna ini..." Seolah olah jemputan dan panggilan ini hanya untuk org lain bukan untuk kita. Dan yang lebih disedihkan apabila seseorang yg berilmu ataupun tolibil ilm yang mengaku didlm manhaj As-Sunnah tetapi tidak merasakan kepentingan ini dan tinggalkan jemaah walaupun berada didlm masjid kerana sibuk bekerja.. Allahu musta'an

Dibawah ini ialah jawapan ana untuk teman ana yang menanyakan perkara ini (dan ditulis didlm keadaan kelam kabut) supaya menjadi sumber kekuatan untuk ana sendiri supaya menjaga solat jemaah. Amin


Kepada Akh XXXXXXXX hafizakumullah
Soalan
Bolehkah tinggalkan jemaah apabila mendengar azan kerana ta’alim di dalam masjid dan melakukannya sendirian selepas ta’alim?
Jawapan
Mengenai perkara ini, ada beberapa perkara yang perlu kita jelas supaya tidak ada ikhtilad (campur aduk) dalam menentukan hukum sesuatu perkara.
Pertama hukum solat berjemaah. Disini ulama2 berbeza pendapat. Ada yang mengatakan ianya sunnah muakkadah (dan ini adalah pendapat jumhur ulama). Ada yang mengatakan ianya fardhu kifayah. Ada yang mengatakannya fardhu ain (dan ini pendapat kebanyakkan sahabat2). Dan ada ada juga yang menjadikannya syarat sahnya solat, yakni kalau tak jemaah maka tak sah solat (mazhab Zahiriyah).
Kedua, Walaubagaimanpun, hendaklah kita bezakan dengan situasi di atas dan hukumnya berbeza mengikut situasi kita, yaitu tinggalkan jemaah apabila mendengar azan kerana ta’alim di dalam masjid dan melakukannya sendirian selepas ta’alim. Disini ada beberapa scenario:
1)   1. Lambatkan solat berjemaah kerana taalim dsb. Ini dibolehkan malah pernah dilakukan oleh Nabi saw. Takde ishkal.
2)    2.Tinggalkan solat berjemaah kerana ta’alim, mesyuarat dsb. Ini adalah isykal. Malahan apabila ta’alim/mesyuarat itu diadakan didlm masjid, mendengar azan pastu tinggalkan solat berjemaah dan teruskan taalim/mesyuarat dan lepas itu bersurai tanpa solat berjemaah, maka ini adalah satu kesilapan yang banyak dilakukan didalam masjid2.
Kenapa?
Pertama: Tinggalkan dakwah. Sepertimana ma’ruf bahwa ijabatil dakwah itu wajib. Umpamanya dakwah jemputan makan dsb. Maka wajib perlu dijawab dakwahnya. Dan Azan adalah dakwah tammah, dakwah yang sempurna. Apalagi, maka lebih awla dijawapi. Dakwah dari manusia perlu dijawab, bagaimana pula jemputan dari Malikul Mulk?
Kedua: Ia ada kena mengena dengan nahyi atau larangan. Sepertimana dilarang seseorang yang mendengar azan dan tinggalkan masjid untuk menninggalkan jemaah, begitu juga apakah bezanya sesorang yg berada didlm masjid bertugas atau berta’alim atau mesyuarat  dan tinggalkan jemaah apabila mendengar azan dan solat bersendirian? Didlm hadis Muslim Abul As Sha’tha meriwayatkan bahwa kami sedang duduk bersama Abi Hurairah ra dan muezzin memanggilkan azan. Seseorang bangun dan keluar dari masjid. Abu Hurairah memerhatikannya dengan pandangannya hinggalah dia menninggalkan masjid dan kemudian berkata : untuk orng ini sesungguhnya dia telah mengingkari Abu Qasim (nabi saw). (Muslim 655, Sunan Tirmidhi dll).  Didlm Musnad Ahmad pula, Abu Hurairah pernah berkata. “ Jika kamu didlm masjid dan azan dikumandangkan, maka janganlah salah satu kamu keluar sebelum mengerjakan solat”. Dlm Sunan Ibn Majah (734), Uthman ra meriwayatkan bahwa Nabi saw bersabda” Sesiapa yang berada didlm Masjid dan azan dikumandangkan dan dia keluar, dan dia keluar bukan kerana hajah atau berniat untuk kembali (ke masjid untuk solat), maka dia ialah seorang munafik”. Mungkin ada yang menjawab ada mslahat taalim atau mesyuarat…adakah ada perintah lebih penting dan awla dari salah satu rukun Islam.
Malahan seorang buta didlm hadis-hadis yang mashur dan banyak (yakni Abd ib Maktum) yang meminta rukhsah untuk solat dirumah maka apabila ditanya: Hal tasma’un nida’? Adakah kamu dengar panggilan azan? Maka bila dijawab ya maka Nabi saw perintahkannya untuk menyahut panggilan itu, yaitu solat berjemaah.
Ketiga: Ada yang mengdalilkan, ta’alim itu fardhu, solat berjemaah itu sunnah muakkadah, yang fardhu ialah solatnya jadi boleh dilakukan selepas ta’alim bersendirian. Fardhu bertemu dgn sunat maka diawlakan fardhu. Ada ‘flaw’ didlm hujah ini. Pertama, dia meninggalkan sunnah Nabi saw dan tidak ada satu riwayatpun dari Nabi saw ataupun sahabat2 ataupun salaf solih dari ke-empat empat a’immah melakukan perkara ini. Yang ada mereka melambatkan solat berjemaah, bukan buat sendirian. Kedua, apabila larangan bertemu dengan perintah, larangan diawlakan dulu. Larangan meninggalkan jemaah apabila berada dimasjid lebih awla di situasi ini. Melainkan kalau yang bertaalim berjemaah kemudian, maka boleh dikatakan mereka menjawab panggilan muezzin itu dan menunaikan jemaah didlm masjid(itupun ana ishkalkan). Ketiga: walaupun kalau kita menggambil pendapat solat berjemaah itu sunnah muakkadah, perlulah kita takut dengan larangan tidak menjawab azan apabila berada didalam masjid. Apakah susahnya bertawakuffkan dars atau mesyuarat atau khidmat atau kerja untuk menyahut panggilan Allah swt . Tidakkah kita takut kalau boleh jangan digolongkan didlm ayat ini: “Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, maka mereka tidak kuasa, (dalam keadaan) pandangan mereke tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud dan mereka dalam keadaan sejahtera. ” (QS. Al-Qalam: 42-43). Lihatlah perkataan Aisyah sesungguhnya ia berkata, “Barangsiapa yang mendengar panggilan (seruan adzan) dan ia tidak menjawab, dan tidak menerima dengan baik dan tidak menerimanya.” (Diriwayatkn oleh Al-Baihaqi “As-Sunan Al-Kubra: 3/57).Dari Abu Hurairah ia berkata, “Mengisi kedua telinga anak manusia dengan timah yang terkumpul lebih baik bagi seorang anak manusia daripada ia mendengar seruan (panggilan untuk shalat) kemudian ia tidak menjawab panggilan tersebut.” Hal ini dan banyak lagi dalil yang lainnya menunjukkan bahwa para sahabat menjawab panggilan tersebut dengan menghadiri shalat berjama’ah, sedangkan mereka yang meninggalkan shalat berjama’ah tidak menjawab panggilan tersebut, akan mereka menjadi berdosa.
Keempat: Bagi mereka yang sudah solat (didlm musafir) dan apabila melalui masjid dan mereka melakukan jemaah, disunnahkan untuk menyertai juga. Padahal tanggungjawab solat sudah terlepas. Apatah lagi bagi mereka yang belum solat dan bukan dalam safar? Beliau bersabda, “Jika kamu berdua telah melakukan shalat dalam perjalanan kamu berdua, kemudian kamu berdua mendatangi suatu masjid yang di dalamnya sedang dilakukan shalat berjama’ah, maka shalatlah kamu berdua beserta jama’ah yang lainnya, karena shalat tersebut bagi kamu menjadi shalat sunnat. ” (AtTirmdzi “Bab Shalat” 219, beliau menganggap hadits ini hasan shahih, An-Nasai “Bab Imamah” 2/112-113 dan Imam Ahmad 4/160-161).
Kelima: Kita telah meninggalkan sunanul huda. Imam Muslim dalam Kitab Shahihnya dari Abdullah bin Mas’ud r.a. ia berkata, “Barang siapa yang merasa senang untuk dipertemukan pada hari kiamat dalam keadaan muslim, maka hendaknya menjaga shalat lima waktu yang selalu diserukan (di-adzan-i), karena shalat-shalat itu termasuk sunanul huda- jalan-jalan petunjuk, dan sesungguhnya kalau engkau shalat di rumah-rumah kalian seperti halnya yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mau berjama’ah berarti engkau meninggalkan sunnah Nabi kalian, kalau engkau meninggakan sunnah Nabi berarti engkau sesat. Seseorang yang bersuci kemudian memperbaiki kesuciannya, kemudian menuju masjid dari masjid-masjid yang ada, tiada lain baginya kecuali Allah akan menulis setiap langkahnya dengan kebaikan dan derajatnya ditingkatkan, dan dilihangkan darinya kejelekan. Dan engkau telah menyaksikan orang-orang yang tidak suka berjama’ah adalah orang yang munafik yang nyata kemunafikannya. Dan tidaklah seseorang telah didatangi dan diberi petujunjuk di antara dua orang sehingga ia berdiri di shaf (dalam shalat berjama’ah). ” [Muslim dalam Al-Masajid dan Mawadi Al Shalah 654].Dalam lafadz: “Sesungguhnya Rasulullah mengajari kita jalan untuk mencapai hidayah, dan sesungguhnya salah satu jalan itu adalah shalat di masjid yang di dalamnya dikumandangkan adzan.” [Hadits ini diriwayatkan oleh riwayat Muslim sebagaimana dikemukakan sebelumnya].
Akhir kalam, banyak boleh diishkalkan mengenai meninggalkan solat berjemaah kerana ta’alim, mesyuarat dsb yaitu ta’alim/mesyuarat itu diadakan didlm masjid, mendengar azan pastu tinggalkan solat berjemaah dan teruskan taalim/mesyuarat dan lepas itu bersurai tanpa solat berjemaah, solat bersendirian. Cukup disini bagi mereka yang takut pada Allah swt. Apa gunanya belajar agama atau mesyuaratkan pasal agama atau berkhidmah didalam masjid tetapi the ‘basics’ masih tidak mengikuti contoh Nabi saw dan sahabat2 saw mengenai solat berjemaah bagi mereka yang sudah dengar azan dari masjid. (kalau dengar dari radio atau rumah yang jauh dan tak dengar azan masih boleh diuzurkan).
Malahan, tanda keberkesanan ilmu itu ialah apabila dizohirkan dengan amalan kita, bukan sebagai maklumat sahaja. Dan ini dapat dibuktikan dengan kita menjawab panggilanNya dan menunaikan sunnah NabiNya yang agung. Dan inilah sifat mukmin yang sejati seprtiman disebutkan didlm surah Anfal: إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
Dan ini dibuktikan oleh Sahabat2 Nabi saw apabila mendengar azan kecut dan pucat wajah mereka, mengigil tubuh badan mereka kerana mereka faham bahawa mereka akan bertemu dengan Rob mereka didlm solat berjemaah.
Wallahualam biSsowab
Akhukum fillah
Abuhanzolah Mohamad Zahri

abuhanzolah.blogspot.com
Nb. Afwan..ana tulis kelam kabut…kalau ada typo error asif jiddan