Thursday, August 26, 2010

Pembahagian Zakat






بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله الذي بنعمته تتم الصالحات و أشهد أن لا اله الا الله و حده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله ولقد أدي الرسالة و بلغ الأمانة و نصح الأمة و تركها على المحجة البيضاء ليالها كنهارها و السلام على آله و صحبه أجمعين و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين


MashaAllah, dengan pantas hari2 di bulan yang mulia Ramadhan ini meninggalkan kita. Tinggal kurang dari setengah bulan saja. Semoga Allah swt mengampuni kita di bulan ini dan memberi kita taufiq untuk mendapatkan hidayahnya supaya sentiasa didalam Inayahnya dan Maghfirahnya.

Tengah hari tadi salah seorang teman ana yang belajar bahasa Arab dgn Ana ada menanyakkan beberapa soalan mengenai zakat dan adalah baik kalau kita dapat 'share' sama2. Antara soalan-soalannya, (1) Bolehkah kita memberi zakat kita hanya pada salah satu asnaf yang lapan atau perlu membahagi bahagikannya pada kelapan-lapan asnaf itu. (2) Mengenai memberi zakat fitrah pada seorang balu yang mempunyai anak2 dan tidak berkerja.




Soalan 1

Bolehkah kita memberi zakat kita hanya pada salah satu asnaf yang lapan atau perlu membahagi bahagikannya pada kelapan-lapan asnaf itu.

Untuk soalan ini adalah baik kita bezakannya samada ianaya zakat biasa (mal dsb) atau ianya zakat fitrah. InshaAllah akan diterangkan secara ringkas.

Kalau ianya zakat mal (harta), maka disini ada dua pendapat.


  1. Pendapat Jumhur, yakni pendapat Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad, termasuk juga seperti yang diterangkan oleh Ibn Rusyd ianya juga pendapat Umar r.a , Huzaifah r.a, dan Ibn Abbas ra. (dari para2 sahabah) dan juga pendapat Said ibn Jubair, alHassan, Nakhai', 'Ata', As Saury, Abu Ubaid dan juga Ashabul Ra'yi.
    Boleh diberi kepada sanaf yang satu saja, dua asnaf atau lebih dari satu daripada kelapan2 asnaf apabila sang Imam berpendapat ada maslahahnya atau atas ijtihadnya.


  2. Pendapat Imam Syafie: Tidak boleh bahkan perlu dibahagi bahagikan pada asnaf yang lapan seperti mana yang diterangkan Allah swt : {60} إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
    Disini, Imam Syafiee berlainan pendapat daripada Jumhur. Ianya juga pendapat Ikrimah.

Antara dalil jumhur ulama ialah seperti mana diterangkan oleh Ibn Qudamah dari sabdaan Nabi saw kepada Muaz: أعلمهم أن عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد في فقرائهم

"….yakni mengambil sadaqah (zakat) dari yang kaya daripada mereka kemudian kembalikan kepada yang fakir diantara mereka"

Pendapat yang mukhtar, jawaz (boleh) memberi zakat kepada salah satu asnaf dari asnaf yang lapan atau lebih dari satu atau kepada perseorangan daripada golongan asnaf itu, dan yang lebih baik awla ialah jika mampu, (seperti mana pendapat Imam Syafie, dengan menjamakkan kedua2 pendapat), dengan membahagi bahgikan kepada kelapan lapan asnaf. Kalau tak mampu atau ada hajat atau maslahah atau atas ijtihad dan keperluan, boleh diberi pada satu atau dua golongan dsb. Wallahulam bisowwab.

Dan kalau ianya zakat fitrah, Ijma pendapat ulama seperti mana yang diterangkan oleh Ibn Rusd ialah dibahagikan kepada fuqaral muslimin, yakni org2 fakir muslimin, kerana sbadaan Nabi saw:

"أغنوهم عن السؤال في هذا اليوم" "…supaya menahan mereka dari meminta-minta (minta sedekah) pada hari ini (hari raya)" Cuma yang khilaf ialah samada boleh diberi tak pada ahli zimmah yang miskin/fakir ke tak? Jumhur= tidak boleh. Imam Abu Hanifah= Boleh dengan dalil dari ayat Al Quran" لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين و لم........"

Sebab iktilafnya ulama mengenainya ialah kefahaman faqir disini ialah faqir muslim atau faqir secara umum. Wallahualam.

Jadi jawapan ana…kalau zakat harta,boleh beri pada satu asnaf kalau ada kerperluan atau mengikut ijtihad atau ada maslahah atau sebagainya. Tapi zakat fitrah, hanya pada faqir dan miskin muslimin. Wallahualam.


Soalan 2:

Mengenai memberi zakat fitrah / mal pada seorang balu yang mempunyai anak2 dan tidak berkerja

Seperti mana diberitahu di atas, zakat fitrah hanya untuk fakir dan miskin. Jadi balu itu hanya boleh dibahagikan kepadanya jika dia termasuk didlm golongan fakir atau miskin. Tetapi janda yang kaya, afwan tak boleh.

Dan jikalau zakat harta, jika iannya termasuk diantara 8 asnaf yaitu, fakir, miskin, amil, muallaf qullubuhum, fi Riqab, Ghorimin, fi sabillilah dan Ibn Sabil, maka dia berhak menerima zakat harta itu. Dan kalau dia boleh dimasukkan diantara salah satu golongan ini, maka ok…umpamanya dia mempunyai hutang, atau di dalam jalan Allah, atau sebagainya….hmm nak jelaskan sifat atau pendapat ulama tentang sifat2 atau penerangan setiap asnaf ini mungkin akan jadi lebih panjang muzakarah ini, jadi cukup saja penerangan disini saja.

Ala kulli hal, pemberi/pembahagi zakat itu sendiri yang 'assess' keadaan sipenerima itu. Jika dia menganggap si balu itu termasuk golongan miskin atau fakir, tafadhol. Kalau ragu, samada husnul zon atau bahagikan kepada org lain.

Wallahualam.

NB – Tentang penerangan perbezaan dan takrif apa itu fakir dan apa itu miskin, ulama2 berbeza pendapat tentangnya. Begitu juga ta'arif apa itu kaya? Ada ulama yang mengatakan fakir keadaanya lebih baik dari miskin dan ada yang mengatakan yang miskin lebih baik keadaanya dari fakir. Dan pendapat yg ketiga ialah fakir itu sama seperti miskin.

Yang penting, kita boleh ambil garis pandu, yaitu, sikaya (alghani) itu ialah mereka yang diwajibkan keluar zakat harta. Yaitu, kalau dia ada harta yg perlu dizakat, maka dia termasuk Ghani…tapi kalau dia tidak ada kewajiban untuk keluarkan zakat, maka ianya bukan ghani….(jadi ada chance terima zakat la..hehhe….ana agaknya mcm mana eh…)

Al-Faqir Abu Hanzolah

No comments:

Post a Comment