Saturday, October 12, 2013

Amalan apabila pindah Rumah

Kerana Ada member menanyakan mengenai amalan2 pindah Rumah, Ana tuliskan secara ringkas supaya kita semua Dapat manfaat Inshaallah 

Amalan2 apabila memasuki Rumah baru/ pindah
1) bersyukur kepada Allah swt keatas nikmah
"sesunhguhnya jika kamu bersyukur pasti kami Akan menambah kepadamu.."
Surah Ibrahim 7

2) mengadakan wakirah
Dibolehkan mengadakan wakirah, sejenis walimah mengundang org2 makan tanda kesyukuran. Ada ulama menganjurkannya seperti al imam Syafiee 
و منها الوكيرة ولا أرخص في تركها
Diantara walimah Ialah wakirah. Saya tidak memberikan kelonggaran meninggal kannya"
Al mausuah al fiqhiyah al kuwaitiyah

Walaubagaimanapun, kalau ianya memberatkan maka tak perlu, atau dgnnya Akan dtg masalah lain seperti menunjuk nunjuk, ikhtilad bebas antara lelaki Dan wanita, parti2, untuk mendapat Hadiah Dari Jemputan dsb, maka tak perlu diadakan langsung. Begitu juga kalau belanja makan2 boleh digunakan untuk kebaikkan lain yg lebih awla Dan lebih afdhol atau mengelakkan pembaziran, maka lebih baik tak dibuat. Atau diadakan bersama walimah ini amalan2 yg tiada warid dari rasullulah saw seperti marhaban atau ratib2 Dan berzanji.

3) masuk ke Rumah baru Dgn Membaca 
Ma sya Allah Laa quwata illa billah
Al kahf 39.
Ibn qayyim apabila membahaskan ayat ini, 
فينبغي لمن دخل بستانه أو داره أو رأى في ماله و أهله ما يعجبه أن يبادر ألى هذه الكلمة فإنه لا يرى فيه سوءا
Selayaknya Bagi org yg memasuki kebunnya atau rumahnya atau terheran atau takjub terhadap harta Dan keluarganya hendaklah dia segera membaca kalimat ini, Kerana dia tidak Akan melihat sesuatu yg buruk terhadap nikmah ini.
Kemudian dia meriwayatkan hadis Dari Anas bin malik (dishohikan Oleh Ibn qayyim Dan didhoifkan oleh al albani)
ما أنعم الله على عبد نعمة في أهل و مال و ولد فقال: ما شآء الله لا قوة الا بالله، فيرى فيها آفة دون الموت 
Jika Allah swt memberi kepada seorg hamba nikmah terhadap keluarga, harta atau anak Kemudian Membaca masya Allah...illa billah , maka dia tidak Alan melihat kecacatan dlm nikmat itu melainkan maut
Thabrani

Selain daripada amalan2 diatas, dianjurkan beberapa amalan2 umum seperti Membaca alquran Esp surah al baqarah 
لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة - مسلم
Jangan kalian jadikan rumah2 anda perkuburan. Sesungguhmya syai than lari Dari Rumah yg dibaca kan surah baqarah . 

Begitu jugs banyakkan solat2 sunnah didlmnya.

Begitu jugs Membaca doa2 Dari nabi saw seperti masuk Rumah, keluar Rumah, Dan doa2 lain seperti auzubi kalimat illah tammat minnsyarri ma kholaq, dsb

Juga menjauhkan Dari mengantungkan gambar2 yg bernyawa, atau patung2 dsb.

Wallahualam bissowab

No comments:

Post a Comment